KUALA LUMPUR: Banjir di Pulau Pinang semakin pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri itu ditutup sepenuhnya sementara jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun.
Di PULAU PINANG, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh berkata semua 59 mangsa banjir daripada 17 keluarga PPS di Dewan Komuniti Kubang Menerong, Seberang Perai Utara dan PPS di Sekolah Kebangsaan Bakap Indah, Seberang Perai Selatan dibenarkan pulang petang tadi selepas kediaman masing-masing selesai dibersihkan.
"Pihak kami turut membuat pemeriksaan di semua rumah mangsa banjir bagi memastikan kediaman mereka selamat didiami semula. Cuaca yang baik hari ini juga mempercepatkan lagi air surut serta kerja pembersihan dapat dijalankan," katanya kepada Bernama.
Di JOHOR, jumlah mangsa di PPS terus menurun kepada 769 orang setakat 8 malam ini berbanding 819 orang yang direkodkan pada 4 petang tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan malam ini, memaklumkan seramai 743 mangsa daripada 210 keluarga yang terkesan akibat banjir termenung ditempatkan di lima PPS di daerah Batu Pahat.
Menurut kenyataan itu, 26 orang daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di satu PPS di Segamat.
Sementara itu, JPBN memaklumkan enam daerah dijangka dilanda hujan malam ini kecuali Mersing, Segamat, Batu Pahat dan Tangkak yang dijangka cerah.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir malam ini yang masih berada di satu-satunya PPS di negeri itu di daerah Beaufort yang beroperasi menurun kepada 134 mangsa daripada 40 keluarga berbanding 224 mangsa daripada 63 keluarga petang tadi.
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua PPS di Telupid telah ditutup dan kesemua mangsa dibenarkan balik petang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Banjir di Pulau Pinang semakin pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri itu ditutup sepenuhnya sementara jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun. - Gambar fail/BERNAMA
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).