awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Siren tak berfungsi kerana Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan mohon tutup akaun - TNB

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2022
11:35 MYT
Banjir: Siren tak berfungsi kerana Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan mohon tutup akaun - TNB
TNB turut menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa banjir di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menjelaskan pemotongan bekalan elektrik sistem siren amaran banjir di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah, Gemas, dibuat atas permohonan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.
Dalam satu kenyataan, TNB memaklumkan Jabatan Perhutanan negeri telah membuat permohonan penutupan akaun pada 12 Oktober 2021.
"Semakan TNB menunjukkan Pejabat Hutan Negeri telah membuat permohonan penutupan akaun pada 12 Oktober 2021 berikutan siren di kedua-dua kawasan itu tidak berfungsi dan (tidak) digunakan oleh penduduk kawasan terlibat.
"Kerja-kerja penutupan bekalan bagi akaun tersebut dilaksanakan pada 14 Oktober 2021, dengan mengikuti proses lazim.
"Hasil semakan juga menunjukkan tiada sebarang tunggakan pada akaun tersebut," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di beberapa negeri
BACA: Banjir: Penduduk kecewa, dakwa siren amaran tidak berfungsi
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, penduduk di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah kecewa apabila siren amaran banjir yang dipasang di taman itu didakwa gagal berfungsi, memaksa mereka berpindah sehelai sepinggang.
Dakwa mereka, situasi itu menyebabkan ratusan penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) berhampiran tanpa sempat menyelamatkan barangan peribadi kerana air terlalu pantas memasuki kediaman mereka.
Penduduk mendakwa antara alasan mengapa siren berkenaan tidak berbunyi adalah kerana TNB memotong bekalan elektrik selepas Jabatan Perhutanan Negeri tidak mampu membayar bil.
Terdahulu, kesemua penduduk taman berkenaan dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Kelamah Gemas yang terletak kira-kira 300 meter dari kawasan taman perumahan itu.
Topic Berkaitan
#Siren banjir tidak berbunyi
#TNB
#Banjir 2021
#banjir gemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan