awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sri Muda: Polis Shah Alam terima 10 laporan kes pecah kedai

Hilmi Malik
Hilmi Malik
22/12/2021
12:41 MYT
Banjir Sri Muda: Polis Shah Alam terima 10 laporan kes pecah kedai
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kes pecah kedai di Taman Sri Muda berikutan keadaan mangsa banjir yang terdesak. - Gambar/ Bernama
SHAH ALAM : Polis menerima 10 laporan berhubung insiden pecah masuk kedai di kawasan banjir di Shah Alam termasuk di Taman Sri Muda.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kebanyakan laporan melibatkan kedai serbaneka.
"Rekod terkini yang kami terima ada 10 laporan kes pecah kedai kebanyakannya kedai serbaneka termasuk yang tular baru-baru ini," katanya ketika sidang media di Pusat Kawalan Sri Muda pada Rabu.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kes pecah kedai termasuk melibatkan pasaraya besar Mydin berikutan keadaan mangsa banjir yang terdesak.
Bagaimanapun, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan mereka yang melakukan perkara tersebut demi kelangsungan hidup.
Sementara itu, mengenai tindakan susulan bagi menyelamatkan mangsa banjir di kawasan itu, Baharudin berkata polis akan turut mendapatkan bantuan komuniti setempat.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
"Kita akan turun ke lokasi mengikut kawasan berdasarkan maklumat daripada komuniti jika masih ada yang terperangkap.
"Komuniti ini mereka kenal masyarakat di kawasan tersebut.
"Setakat ini kita belum terima sebarang laporan mengenai mangsa hilang," katanya lagi.
Situasi banjir di Sri Muda kelihatan beransur pulih apabila paras air mula surut namun bukan sepenuhnya berikutan masih terdapat kawasan yang terjejas.
Topic Berkaitan
#banjir selangor
#taman sri muda
#kes curi
#pecah masuk kedai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan