awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Sultan Sharafuddin dukacita, titah Lembaga Zakat Selangor segera hulur bantuan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
19/12/2021
08:05 MYT
Banjir: Sultan Sharafuddin dukacita, titah Lembaga Zakat Selangor segera hulur bantuan
Sultan Sharafuddin Idris Shah titah pihak yang bertanggungjawab agar menyegerakan bantuan ke seluruh pelusuk kawasan yang terjejas. - Gambar Facebook Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan bencana banjir terburuk yang sedang melanda sebahagian besar daerah di negeri itu susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Menurut satu kenyataan di Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda telah dimaklumkan banyak lokasi yang terjejas dan terputus hubungan akibat jalan raya dinaiki air serta kawasan-kawasan kediaman yang dilanda banjir luar biasa sehingga kini.
Selain itu, kenyataan itu turut memaklumkan, baginda menyaksikan sendiri gambar-gambar dan video-video kawasan terjejas dan risau serta bimbang dengan kesukaran yang sedang dihadapi oleh rakyat jelata.
“Bagaimanapun, baginda terharu melihat semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli masyarakat dan kumpulan-kumpulan sokongan yang saling bantu membantu antara satu sama lain ketika berdepan keadaan amat meruncing.
“Baginda dengan tegas mahu pihak berkuasa yang bertanggungjawab agar menyegerakan bantuan ke seluruh pelusuk kawasan yang terjejas,” menurut kenyataan itu lagi.
Selangor Royal Office berkata, baginda juga telah menitahkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) terus menghulurkan bantuan ke pusat-pusat penempatan sementara banjir dan mengenal pasti situasi rakyat yang kritikal.
Selain itu, baginda juga menyeru pelan tindakan yang lebih komprehensif dikemas kini khususnya apabila berhadapan dengan fenomena bencana banjir luar jangkaan seperti.
Ia bagi memastikan respons pantas dapat diambil, serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terjaga.
“Baginda berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala agar bencana banjir ini segera berakhir dan semua urusan rakyat jelata dipermudah serta kembali seperti sedia kala,” menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#Lembaga Zakat Selangor
#mangsa banjir
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan