JERTEH: Banjir yang melanda Terengganu kini bukan sahaja mendatangkan kerosakan harta benda dan tanaman malah turut menyebabkan beberapa buah rumah di Besut hanyut dibawa arus.
Salah seorang mangsa, Raja Kamaruddin Raja Muhamad, 58, berkata rumah yang menjadi tempat tinggal dia bersama isteri dan empat anaknya sejak lebih 20 tahun lalu musnah dan ghaib sekelip mata.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi Isnin, ketika saya berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan La.
Dua lagi rumah yang terletak berdekatan rumah saya turut musnah dihanyutkan arus deras akibat limpahan Sungai Besut yang terletak berdekatan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pekarangan tapak rumahnya hari ini.
Katanya akibat kejadian itu mereka sekeluarga gagal menyelamatkan semua perkakas rumah selain sebuah peti sejuk dan kini tinggal sehelai sepinggang.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Raja Kamaruddin menyifatkan kejadian banjir kali ini lebih besar berbanding banjir besar melanda Besut tahun 2000 yang juga telah menghanyutkan rumahnya waktu itu.
"Rumah saya pernah dihanyutkan dalam banjir tahun 2000 tetapi hanya tidak hanyut sepenuhnya sebelum saya bina rumah baru dengan simen tetapi kali ini rumah saya hilang terus.
Kali ini paras air lebih tinggi iaitu dianggarkan setinggi lima meter sementara arus amat deras lebih 30 peratus berbanding dahulu.
Nasib baik ketika kejadian saya sekeluarga dan semua mangsa lain telah berpindah ke PPS," kata petani itu yang merayu agar kerajaan dapat membantu mangsa terlibat dengan sewajarnya.
Berkongsi duka, Azlan Mat Diah, 63, apabila rumah kayunya yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah Raja Kamaruddin turut musnah selepas dihanyutkan arus sejauh 20 meter dari tapak asal.
"Kejadian berlaku ketika saya bersama isteri, Norma Abdullah, 54 dan anak lelaki berusia 24 tahun berada di PPS.
Saya dan mangsa banjir lain berpindah pagi Ahad lagi kerana air sungai telah melimpah tetapi bermula awal pagi semalam paras air semakin meningkat sehingga rumah saya yang terletak tidak jauh dari tebing sungai hanyut dari tapak asal," kata penoreh getah itu.
Bagaimanapun Azlan sempat memindahkan perkakas rumahnya seperti barangan elektrik dan pakaian ke tempat tinggi lebih awal.
Dia juga menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk selama tempoh 30 tahun kebelakangan ini dan turut berharap kerajaan dapat membantu dia dan mangsa yang senasib dengannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Raja Kamaruddin sayu melihat rumahnya yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir besar di Kampung La, Hulu Besut jam 3 pagi pada Isnin. - Gambar/ Bernama
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).