awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir tidak jejas sasaran Tahun Melawat Terengganu 2017

Bernama
Bernama
06/01/2017
01:34 MYT
Banjir tidak jejas sasaran Tahun Melawat Terengganu 2017
AHMAD RAZIF: Sasaran Tahun Melawat Terengganu 2017 tidak terjejas walaupun negeri itu mengalami banjir teruk sejak Sabtu lalu. - Gambar fail
Sasaran Tahun Melawat Terengganu 2017 tidak terjejas walaupun negeri itu mengalami banjir teruk sejak Sabtu lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kekurangan kehadiran pelancong pada Januari adalah perkara biasa kerana pelancong biasanya akan mula datang pada Mac untuk ke pulau peranginan.
Katanya walaupun masih belum memperoleh jumlah terkini pelancong, beliau yakin keadaan banjir tidak mengganggu industri pelancongan terutama ketika negeri itu menganjur program yang dikenali sebagai 'Visit Beautiful Terengganu 2017'.
"Aset kita tidak terputus dan Kuala Terengganu tidak mengalami banjir teruk. Hotel di Kuala Terengganu juga tidak terjejas. Selalunya ketika ini tidak ramai pelancong kerana mereka datang pada Mac untuk ke pulau.
"Namun di Kenyir masih ada pelancong dan kita dapati keadaan di sana juga tidak begitu terjejas," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir, di sini pada Khamis.
Terengganu sebelum ini menyasarkan seramai 5.5 juta pelancong mengunjungi negeri itu terutama dari China, Vietnam dan juga dalam negara.
Kerajaan negeri telah merangka pelbagai program bagi menarik pelancong termasuk mengadakan persembahan air dengan menggabungkan cahaya lampu berwarna warni di Taman Warisan, mencantikkan bandaraya Kuala Terengganu.
Selain itu, ia turut menyediakan pakej menarik untuk pengunjung ke pulau-pulau seperti Pulau Kapas dan Pulau Redang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman
#Tahun Melawat Terengganu 2017
#Visit Beautiful Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan