awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: TPM Ahmad Zahid arah semua agensi bersiap siaga

Bernama
Bernama
27/09/2023
09:00 MYT
Banjir: TPM Ahmad Zahid arah semua agensi bersiap siaga
Anggota APM Kota Setar membawa mangsa-mangsa banjir dari Kampung Bukit, Mukim Derang ke Pusat Pemindahan Banjir di Pokok Sena, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan agensi berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara, Angkatan Pertahanan Awam serta pasukan keselamatan untuk terus berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi, susulan banjir yang melanda di beberapa negeri.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata kesiapsiagaan yang tinggi oleh semua agensi ini perlu meskipun Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan notis penamatan amaran hujan berterusan peringkat waspada pada pagi ini.
"Saya sentiasa mendoakan agar semua mangsa yang terjejas akibat banjir pada kali ini dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan dalam menghadapi musibah yang melanda.
"Begitu juga kepada yang berada di kawasan-kawasan terdedah kepada banjir, saya berharap agar terus ambil langkah berhati-hati dan sentiasa patuh arahan pihak berkuasa," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.
Ahmad Zahid berkata beliau juga sentiasa memantau keadaan semasa banjir yang kini melanda di Kedah, Perlis, Selangor dan Sabah akibat peralihan monsun ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Zahid Hamidi
#siap siaga
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan