KANGAR: Semua pihak di Perlis perlu terus membantu melaporkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sekiranya terdapat isu keciciran asnaf dalam kariah masing-masing yang belum disantuni.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs dan agensi berkaitan dalam kadar segera.
"Semua pihak perlu memainkan peranan bagi bersama-sama menjayakan hasrat kesejahteraan rakyat negeri ini," titah baginda dalam satu kenyataan dikeluarkan MAIPs hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan Raja Muda Perlis bertitah demikian ketika baginda berangkat ke majlis apresiasi penyumbang zakat potongan gaji tahun 2023 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini baru-baru ini.
Menurut kenyataan itu Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang DiPertua MAIPs turut menghargai penyumbang zakat yang telah memberikan sumbangan melalui MAIPs.
Pada majlis itu Raja Muda Perlis berkenan menyerahkan sumbangan 50 komputer riba kepada sekolah-sekolah terpilih di bawah Program Sekolah Amanah Jamalullail.
Baginda juga berkenan menyerahkan 71 basikal kepada peserta terbaik Program Rezeki Subuh yang dilaksanakan sepanjang cuti persekolahan baru-baru ini anjuran MAIPs dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs. - Foto fail/BERNAMA
Facebook sasar lebih ramai pengguna muda, syor perkongsian 'feed' berasaskan AI
Selari dengannya, Facebook kini menyatakan akan meningkatkan lagi fokus platform berkenaan kepada pengguna muda.
Isu Kampung Sri Makmur: Anggota penguat kuasa ikut prosedur, tatacara perobohan - PDT Gombak
PDT Gombak berkata tindakan pengusiran dan perobohan yang dibuat adalah berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Mei 2024.
Lebih 23,000 baucar buku berjaya ditebus murid menerusi aplikasi DELIMa - KPM
Tempoh sah penebusan dan penggunaan baucar buku untuk murid dan pelajar di institusi di bawah KPM adalah dari 31 Mei hingga 31 Dis.
OKU dipukul: Teo sokong titah Tunku Mahkota Ismail
Teo berharap tindakan undang-undang sewajarnya diambil secepat mungkin sekiranya kejadian itu melibatkan unsur jenayah.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong
Usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri di Melaka.
Jegathesan harap Mohd Azeem, Shereen lakukan 'pecutan' ke Olimpik
Katanya, mereka tiada pilihan lain atau terpaksa akur dengan keputusan hanya seorang sahaja bakal diterbangkan ke Paris menerusi slot wildcard.
KPM naik taraf 384 institusi seluruh negara sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan
Ia satu usaha pembudayaan digital dengan pembekalan studio digital dan hab pembuatan digital bagi memantapkan kemahiran dan kompetensi guru.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak supaya memainkan peranan bagi mencapai transformasi pendidikan berkualiti.
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
Bantu lapor kepada MAIPs jika ada isu keciciran asnaf - Raja Muda Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ia bagi memastikan usaha mengenal pasti keperluan bantuan dapat dilaksanakan MAIPs.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati, disuburkan - Raja Muda Perlis
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Enam pensyarah UniMAP tersenarai antara saintis terbaik dunia
Pencapaian para pensyarah ini menandakan bahawa tenaga pengajar dan taraf akademik UniMAP berada pada tahap tertinggi.
Masyarakat pelbagai bangsa, agama dan budaya sumber kekuatan negara - Raja Muda Perlis
Perbezaan budaya, agama dan bangsa harus dijadikan sebagai sumber kekuatan negara dalam membina sebuah negara yang mampan.
KUIPs perlu lebih agresif capai status universiti penuh - Pemangku Raja Perlis
Pengurusan dan warga kerja Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) perlu lebih agresif bagi mencari penyelesaian jangka panjang dan jangka pendek memenuhi syarat mencapai status universiti penuh.