BENTONG: Segala bentuk bantuan kepada golongan miskin tegar akan diselaras dengan baik supaya tidak berlaku pertindihan penerima, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata langkah itu akan melibatkan beberapa institusi dan program bantuan, antaranya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), institusi zakat di seluruh negara dan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
"Saya nak pastikan AIM, institusi Zakat dan IPR ini diselaraskan supaya kita tahu berapa jumlah sebenarnya (yang diberi kepada penerima) dan agar orang perolehi bantuan tidak bertindih," katanya ketika berucap pada majlis Kenduri Rakyat sempena ulang tahun ke-36 AIM di Kampung Agropolitan Chemomoi di sini malam ini.
Anwar berkata kerajaan perlu mengurus dana negara dengan cekap dan bertanggungjawab supaya setiap peruntukan yang dibelanjakan mencapai maksud bagi pembelaan nasib rakyat miskin.
Perdana Menteri berkata miskin tegar juga hanya boleh dinoktahkan sekiranya negara dan kerajaan mempunyai dasar yang jelas bagi meningkatkan keuntungan negara, yang kemudian boleh dipindah bagi membantu rakyat miskin.
"Sebelum akhir Dis 2023, kita mesti bantu selamatkan semua rakyat yang tergolong di bawah miskin tegar...kita kena urus (dana) dengan cekap, jangan membazir urus dengan bertanggungjawab supaya setiap sen dibelanjakan untuk mencapai maksud pembelaan nasib rakyat miskin," katanya.
Anwar seterusnya melahirkan rasa bangga dengan peranan dimainkan AIM dalam membawa ramai rakyat Malaysia keluar daripada belenggu kemiskinan.
"Tentunya AIM menjadi salah satu daripada langkah dan ikhtiar untuk kita menyelesaikan masalah (miskin tegar) ini. Saya bangga dengan AIM terutamanya dalam peringkat terakhir ini, pengurusannya diperbaiki dan kelemahananya dikenal pasti," katanya.
Justeru, Anwar berkata Belanjawan 2024 pada 13 Okt ini bakal mengambil kira keperluan AIM bagi meneruskan pelaksanaan program membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah.
Penubuhan AIM antaranya bertujuan mengurangkan kemiskinan dalam kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di negara ini dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023
Anwar beramah mesra bersama seorang kanak-kanan semasa menghadiri Ceramah Mega Perpaduan MADANI sempena kempen PRK DUN Pelangai - Gambar Bernama
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Bantuan kepada golongan miskin tegar akan diselaras, elak pertindihan - PM Anwar
Segala bentuk bantuan kepada golongan miskin tegar akan diselaras dengan baik supaya tidak berlaku pertindihan penerima, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.