awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan Khas COVID-19: Elak permohonan berulang, dokumen perlu lengkap - NADMA

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/09/2021
09:27 MYT
Bantuan Khas COVID-19: Elak permohonan berulang, dokumen perlu lengkap - NADMA
Menurut Aminuddin, ada tuntutan yang lebih daripada seorang, contohnya si mati mempunyai dua atau tiga orang isteri, mereka perlu bersepakat berkenaan siapa yang akan memohon. - Foto NADMA
KUALA LUMPUR: Pemohon Bantuan Khas COVID-19 yang dikelolakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dinasihati untuk tidak membuat permohonan berulang bagi mengelakkan kelewatan proses kelulusan.
Ia merangkumi Bantuan Khas COVID-19 kepada individu yang hilang pendapatan ketika dalam tempoh kuarantin serta Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 kepada waris.
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Aminuddin Hassim berkata pihaknya menerima sekitar 300 permohonan sehari dan memerlukan penelitian sewajarnya sebelum sebarang keputusan sama ada untuk menerima atau menolak permohonan dibuat.
"Ada tuntutan yang lebih daripada seorang, contohnya si mati mempunyai dua atau tiga orang isteri, mereka perlu bersepakat berkenaan siapa yang akan memohon.
"Ada situasi di mana anak-anak si mati membuat beberapa permohonan atas nama pemohon yang berbeza bagi satu si mati.
"Ini telah menyebabkan pihak kami mengambil masa yang begitu lama untuk memproses borang-borang permohonan tersebut," katanya pada sidang media secara maya pada Jumaat.
BACA: Bayaran fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 B40, M40 bermula 6, 9 Sept - Tengku Zafrul
Selain memastikan borang permohonan yang lengkap, pemohon juga perlu memastikan kualiti semua dokumen lampiran adalah jelas.
"Pihak NADMA akan mengemukakan bayaran bantuan khas itu dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap," katanya.
Justeru, pemohon boleh menyemak status kelulusan selepas 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh NADMA.
Sehingga 31 Ogos lalu, NADMA telah meluluskan sejumlah 16,722 permohonan Bantuan Khas COVID-19 NADMA melibatkan dana berjumlah RM22,227,700.
Sementara, 3,235 permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA telah diluluskan dengan peruntukan RM16,175,000.
Info lanjut:
Bantuan Khas COVID-19 NADMA http://www.nadma.gov.my/ms/bantuan-khas/bantuan-khas-covid-19
Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA http://www.nadma.gov.my/ms/bantuan-khas/bantuan-khas-pengurusan-kematian-covid-19
Semakan Status Kelulusan Permohonan Bantuan Khas COVID-19 NADMA https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/
COVID-19 | PM arah MoF segerakan pembayaran bantuan khas COVID-19
Topic Berkaitan
#NADMA
#bantuan khas covid-19
#COVID-19
#Datuk Aminuddin Hassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan