Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan membantu pasangan bakal pengantin di Kedah dengan menghulurkan bantuan RM100 untuk setiap kursus buat perkahwinan pertama mereka.
Najib, yang berada di Kedah, menyuarakan jaminan tersebut apabila menerima memorandum sembilan tuntutan kepada Perdana Menteri oleh Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) pada Khamis.
"Saya berjanji pada saudara saudari bahawa dalam manifesto kami, kami akan membina sebuah litar lumba (di Kedah). Sementara itu, MBNK menyatakan bahawa ramai anak muda yang ingin berkahwin tetapi tidak mampu maka kita boleh memberi bantuan RM100 untuk setiap kursus dengan syarat perkahwinan yang pertama," kata Najib.
Presiden MBNK, Ku Iskandar Ku Saad berkata tuntutan itu berpandukan kepada kajian yang dibuat terhadap enam ribu orang.
"Maknanya, kita membiayai kursus perkahwinan kepada pasangan Islam manakala kepada pasangan bukan Islam ianya diberi sebagai saguhati", kata Ku Iskandar selepas bertemu Najib di Alor Setar.
Beliau berkata, ini merupakan benda baru yang perlu diperjuangkan oleh Barisan Nasional.
Selain itu, MBNK menuntut transformasi kepimpinan yang mendesak barisan pemimpin muda menjadi peneraju pentadbiran negeri itu sekiranya BN mampu merampas semula negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Turut terkandung dalam memorandum ialah permintaan supaya kerajaan mewujudkan skim perumahan untuk belia berharga kurang RM50,000.
Bagi mengukuhkan ekonomi orang muda pula, MBNK menuntut kerajaan memperkenalkan sebuah tabung amanah untuk usahawan muda yang berkonsepkan Amanah Ikhtiar Malaysia.