awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan RM3,000 pemerkasa diperluas kepada syarikat berlesen MM2H - MOTAC

Bernama
Bernama
26/07/2021
11:23 MYT
Bantuan RM3,000 pemerkasa diperluas kepada syarikat berlesen MM2H - MOTAC
MOTAC berkata bantuan kewangan RM3,000 untuk syarikat MM2H itu adalah di bawah inisiatif Pemerkasa. - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memperluaskan Geran Bantuan Khas secara sekali beri sebanyak RM3,000 kepada setiap 697 syarikat berlesen di bawah Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi meringankan beban syarikat terbabit yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini berkata, syarikat-syarikat MM2H yang mempunyai lesen Pengendalian Pelancong Dalam Negeri di bawah kementerian itu adalah dipelawa memohon melalui laman sesawang rasmi http://www.motac.gov.my/pemerkasamotac2021_mm2h atau pejabat MOTAC negeri masing-masing sebelum tarikh tutup pada 31 Ogos ini.
MOTAC berkata, bantuan tersebut juga layak diterima syarikat pengendali pelancongan MM2H yang mempunyai kompaun tertunggak di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) atau Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 (Akta 594).
Syarat kelayakan lain boleh dirujuk di laman sesawang rasmi MOTAC.
MOTAC berkata, bantuan kewangan RM3,000 untuk syarikat MM2H itu adalah di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) dan merupakan antara inisiatif yang digerakkan kementerian itu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lepas mengumumkan Geran Bantuan Khas secara sekali beri sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC.
MOTAC sebelum ini dilaporkan telah menyiapkan laporan penuh kajian semula pelaksanaan MM2H untuk dibentangkan kepada Kabinet bagi membolehkan program itu dibuka semula. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ekonomi
#pelancongan
#pandemik
#mm2h
#kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan