KUALA LUMPUR: Bantuan tiket penerbangan kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang diumumkan semalam, menjadi inisiatif serampang dua mata yang bukan sahaja membantu dari segi kewangan pelajar malah fokus mereka dalam pelajaran.
Yang Dipertua Pertubuhan Siswa Siswi Sabah Universiti Sains Malaysia Muhammad Zikri Rosle berkata, pembelian tiket penerbangan terutama pada musim perayaan merupakan perbelanjaan yang besar dan boleh menjadi beban emosi kepada pelajar.
"Ada pelajar yang terpaksa berkerja sambilan untuk membeli tiket, ada juga yang tidak mampu untuk pulang ke kampung sebab tiket terlalu mahal...disebabkan hal ini sahaja ia menimbulkan tekanan sehingga hilang fokus dan 'mood' dalam pelajaran," katanya kepada Bernama.
Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementeriannya akan memperkenalkan inisiatif pada Ogos ini bagi meringankan beban kewangan mahasiswa IPTA khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk membeli tiket penerbangan pulang.
Loke berkata inisiatif dalam bentuk pemberian kredit itu, masih dalam proses integrasi dengan syarikat penerbangan.
Sementara itu, pelajar Universiti Malaya, Fathurrahman Mohammed Rajli, 24, berkata inisiatif itu boleh membantu pelajar dari Sabah dan Sarawak yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti pilihan mereka di Semenanjung.
Beliau yang berasal dari Sibu, Sarawak berkata walaupun terdapat usaha daripada kerajaan negeri seperti bantuan tiket penerbangan dan akaun MHexplorer oleh Malaysia Airlines, cadangan kerajaan Persekutuan merangka inisiatif itu tepat sekali gus membantu meringankan beban ibu bapa pelajar.
Presiden Kelab Patriot Chapter Sarawak Universiti Utara Malaysia Nur Alishar Mohamad Ali pula berharap inisiatif ini dapat diberikan secara berkala pada setiap semester bukan hanya secara tahunan kepada pelajar yang layak.
"Selain diberikan dalam bentuk e-kredit, bantuan kepada pelajar juga diharapkan dapat diberikan dari segi pemberian diskaun khas kepada pelajar Sarawak dan Sabah terutamanya untuk tambang pergi dan balik pada cuti semester dan semasa cuti perayaan.
"Dengan adanya diskaun khas untuk pelajar Sarawak dan Sabah ini, dapat meringankan beban kami sebagai pelajar untuk pulang semasa cuti perayaan atau kecemasan yang memerlukan kami untuk segera pulang ke kampung halaman masing-masing," katanya.
Harith Hidayat Abdul Gani, 22, yang berasal dari Kuala Langat, Selangor dan sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sarawak, juga menyambut baik cadangan berkenaan selain mencadangkan agar kerajaan turut melihat inisiatif membantu pelajar dari segi kos tambang ke lapangan terbang.
"Kalau dari kolej saya nak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching mengambil masa kira-kira 20 minit dan itu belum mengambil kira keadaan lalu lintas...jadi bila trafik sesak kadang-kadang tambang naik dari RM10 kepada RM20 hingga RM30," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023
Pembelian tiket penerbangan terutama pada musim perayaan merupakan perbelanjaan yang besar dan boleh menjadi beban emosi kepada pelajar. - Gambar hiasan
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Mahkamah luluskan denda terhadap Qantas atas jualan tiket penerbangan yang dibatalkan
Sebuah mahkamah di Australia pada Selasa meluluskan denda terhadap Qantas, syarikat penerbangan nasional kerana menjual ribuan tiket penerbangan yang telah dibatalkan.
Sukma 2024: Syarikat penerbangan diharap tawar harga tiket mampu milik
Inisiatif itu dilihat dapat memberi peluang kepada seluruh masyarakat untuk menyaksikan temasya dwitahunan terbesar berkenaan.
Lebihkan penawaran untuk kawal harga penerbangan - Anthony Loke
Syarikat penerbangan tempatan boleh mengambil contoh dilakukan Batik Air yang menambah 20 lagi pesawat kepada rangkaian sedia ada untuk meningkatkan kekerapan penerbangan.
MAG tawar diskaun tambang pada MATTA Fair 2024
Malaysia Airlines mempamerkan barisan produk dan perkhidmatannya yang disukai ramai, termasuk perkongsian dengan Manchester United.
Sumbangan berbaloi rakyat Malaysia, atlet taekwando terlepas penerbangan hadiahkan emas
Pasukan taekwando dari pedalaman Sabah berjaya meraih emas hasil bantuan luar biasa rakyat Malaysia menyumbang dana bagi tiket penerbangan mereka.
Vida belanja tiket penerbangan RM40,000 untuk Kacak
Tiada istilah membazir kerana Vida mahu anaknya sentiasa bersamanya sepanjang perjalanan.
Aidilfitri: Subsidi tiket penerbangan selama dua minggu libat kos besar - Loke
Permintaan penetapan RM599 harga maksimum tiket penerbangan sehala Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu melibatkan kos yang besar.
Aidilfitri: 'Panjangkan tempoh harga maksimum tiket penerbangan'
Tempoh itu perlu dipanjangkan agar lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga wilayah, mendapat harga tiket penerbangan berpatutan.
Harga maksimum penerbangan kelas ekonomi Aidilfitri RM599
Kerajaan menetapkan harga maksimum penerbangan sehala bagi kelas ekonomi sebanyak RM599 dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri ini.
Inisiatif FLYsiswa bantu ringankan beban penuntut IPT - Fadillah
Inisiatif itu diharap dapat memberi ketenangan minda kepada mahasiswa untuk fokus menimba ilmu dan tidak memikirkan hal-hal lain.