MALAYSIA
Bantuan tunai one-off RM100 kepada warganegara dewasa berusia 18 ke atas - PM Anwar

Anwar berkata bantuan ini akan dikreditkan terus ke MyKad dan boleh digunakan bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 untuk pembelian barangan keperluan asas.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai secara one-off sebanyak RM100 kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Ringkasan AI
- Bantuan RM100 One-Off: Kerajaan akan salurkan RM100 kepada setiap warganegara dewasa melalui MyKad bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025.
- Boleh Diguna di 4,100 Kedai: Bantuan boleh dibelanjakan untuk barang asas di pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
- Peruntukan RM2 Bilion untuk 22 Juta Rakyat: Inisiatif ini sebahagian daripada peningkatan program STR dan SARA, dengan keseluruhan peruntukan mencecah RM15 bilion untuk 2025.
"Bantuan ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025 bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai-kedai runcit di semua daerah seluruh negara.
"Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400," kata Perdana Menteri dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Anwar menambah dengan pengumuman tersebut, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada
RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025, dan ia kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa.
"Mungkin ada dalam kalangan kita yang punyai kemampuan dan tidak memerlukan bantuan ini. Kerajaan berhasrat supaya jumlah bantuan yang tidak dibelanjakan menjelang akhir tahun diagihkan semula untuk program bantuan golongan rentan tahun hadapan.
Sebelum ini, kerajaan memperluas dan menambah kategori barangan boleh dibeli menerusi bantuan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula 1 Mei lalu.
Anwar berkata perluasan kategori barangan itu melibatkan produk kebersihan rumah seperti sabun atau serbuk pencuci pakaian, pinggan mangkuk dan lantai, menjadikan kategori barangan berdaftar di bawah SARA meningkat kepada 14.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami