awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banyakkan aktiviti baca dan hayati al-Quran - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
09/04/2023
21:15 MYT
Banyakkan aktiviti baca dan hayati al-Quran - Mohd Na'im
Seorang lelaki membaca al-Quran sempena Ramadan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aktiviti membaca dan menghayati al-Quran dalam kalangan belia perlu diperbanyak bagi melahirkan modal insan masa depan yang berkualiti, berdaya tahan serta memiliki sahsiah kukuh melalui pengamalan nilai-nilai kitab suci itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata antara pendekatannya ialah melalui penganjuran Program Tadarus Perdana yang dilihat mampu melahirkan generasi kalis cabaran masa depan.
"Program ini merupakan acara pertama membabitkan golongan belia dalam Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI (Al-Falah) yang telah dilancarkan pada 31 Jan lepas.
"Dengan menghayati prinsip-prinsip dan falsafah-falsafah yang ada di dalam al-Quran kemudian dipraktikkan dalam kehidupan dan kepimpinan, ia mampu melahirkan belia Al-Falah seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian program itu di sini pada Ahad.
Program bertema 'Al-Quran Pembimbing Belia Al-Falah, Peneraju Negara MADANI' itu adalah acara tahunan sempena sambutan Nuzul Al-Quran anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya di Auditorium Kompleks Perdana Siswa universiti berkenaan yang disertai 330 mahasiswa.
Mohd Na'im juga berharap program itu mampu mengubah diri mahasiswa seterusnya melakukan perubahan dalam masyarakat dan negara selain mewujudkan Masyarakat MADANI seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Malaysia Madani
#As-Falah
#Al-Quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan