awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat lelaki separa reput ditemukan di Bera
Pearly-Thinaah mara ke pusingan kedua Masters Indonesia
Jambatan Jalan Tun Abdul Razak dibuka sementara sempena Thaipusam - Datuk Bandar Ipoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAP bukti komitmen kerajaan perkasa pendidikan - Ramanan

Bernama
Bernama
20/01/2026
13:15 MYT
BAP bukti komitmen kerajaan perkasa pendidikan - Ramanan
Ramanan berkata BAP yang dilaksanakan melalui Kementerian Pendidikan sejak 2023 dengan peruntukan RM765 juta telah memberi manfaat kepada 5.1 juta murid di seluruh negara pada tahun berkenaan. - Gambar Facebook Ramanan Ramakrishnan Official Media
KUALA LUMPUR: Peningkatan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) secara berterusan membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan pendidikan serta memastikan tiada murid tercicir akibat kekangan kewangan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.

Ringkasan AI
  • Menteri Sumber Manusia menyatakan komitmen Kerajaan MADANI dalam meningkatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi memastikan tiada murid tercicir akibat masalah kewangan.
  • Peruntukan BAP meningkat setiap tahun; dijangka mencapai RM800 juta pada tahun ini untuk manfaat lebih daripada 5.2 juta penerima, termasuk pelajar Tingkatan Enam.
  • Inisiatif ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri untuk memastikan setiap anak Malaysia dapat meneruskan persekolahan tanpa halangan kewangan, dengan harapan agar ibu bapa dapat memanfaatkan bantuan tersebut sepenuhnya.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, beliau berkata BAP yang dilaksanakan melalui Kementerian Pendidikan sejak 2023 dengan peruntukan RM765 juta telah memberi manfaat kepada 5.1 juta murid di seluruh negara pada tahun berkenaan.
Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata peruntukan BAP meningkat kepada RM788 juta pada 2024 dan RM791 juta pada 2025, manakala bagi tahun ini, kerajaan memperluas inisiatif berkenaan dengan jangkaan peruntukan mencecah RM800 juta bagi lebih 5.2 juta penerima, termasuk pelajar Tingkatan Enam.
Beliau berkata peningkatan peruntukan secara konsisten itu selari dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tiada anak Malaysia tercicir daripada meneruskan persekolahan hanya kerana masalah kewangan.
"Bermula 11 Jan, BAP berjumlah RM150 disalurkan secara berperingkat kepada setiap murid warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, aliran sekolah atau latar belakang keluarga.
"Saya berharap agar semua ibu bapa dan penjaga dapat memanfaatkan sepenuhnya bantuan ini dengan membuat perancangan yang sebaiknya bagi memastikan keperluan persekolahan anak-anak dapat disediakan dengan sempurna," menurut catatan itu.
Ramanan berkata di Sekolah Kebangsaan Subang Bestari sahaja, sebanyak 2,363 murid akan menerima BAP 2026 dengan jumlah penyaluran awal hampir RM355,000, yang dijangka meningkat selaras dengan pertambahan bilangan murid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#kekangan kewangan
#bantuan awal persekolahan
#penyaluran awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan