awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa 4 anak bebas tuduhan edar dadah, terlepas hukuman gantung

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2025
05:47 MYT
Bapa 4 anak bebas tuduhan edar dadah, terlepas hukuman gantung
Tertuduh (dua dari kiri) bersama peguam, Wan Zainuddin (dua dari kanan) di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Rabu. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Seorang bapa kepada empat anak menarik nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu daripada pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine tiga tahun lalu.

Ringkasan AI
  • Muhammad Fazilah Ngah, seorang bapa kepada empat anak, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
  • Sebelum ini, tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, tetapi kini bebas tanpa perlu membela diri.
  • Tertuduh telah ditahan di Penjara Marang selama hampir tiga tahun tanpa jaminan sejak penahanannya pada 2022.

Tertuduh, Muhammad Fazilah Ngah, 42, sebelum ini berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa mengedar 73.86 gram methamphetamine pada 9 Jun 2022 di sebuah rumah di Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan untuk melepas dan membebaskan tertuduh tanpa perlu membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Difahamkan, tertuduh yang bekerja sendiri telah ditahan di Penjara Marang selama hampir tiga tahun sejak penahanan, memandangkan tiada jaminan dibenarkan bagi kes berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairuddin Idris mengetuai pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Wan Zainuddin Wan Musa dari Tetuan Wan Zainuddin & Co, Kuala Terengganu. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bapa empat anak
#bebas tuduhan
#edar dadah
#Hulu Terengganu
#tali gantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan