awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2 kanak-kanak nyaris lemas, ditemui tidak sedar diri tepi kolam renang
11 stesen minyak diserang serentak di tiga wilayah selatan Thailand
Pejalan kaki maut dirempuh kereta ketika lintas lebuh raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa Aiman pelajar cemerlang MRSM meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
19/11/2025
02:35 MYT
Bapa Aiman pelajar cemerlang MRSM meninggal dunia
Bapa Aiman, iaitu Mohammad Nasir Mansor (kiri) meninggal dunia akibat sakit buah pinggang kronik. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Bapa kepada pelajar cemerlang MRSM yang tular hidup dalam serba kekurangan sebelum ini, Aiman, iaitu Mohammad Nasir Mansor meninggal dunia akibat sakit buah pinggang kronik.
Perkata itu dikongsikan Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laman Facebooknya hari ini.
Ujar beliau, Mohammad Nasir meninggal dunia pada pagi Selasa di Jitra, Kedah tatkala Aiman sedang berada di United Kingdom bagi meneruskan pengajiannya.
"Allahyarham adalah insan yang saya kunjungi di kediamannya pada tahun lalu ketika memujuk Aiman untuk tidak menolak tawaran pengajian ke University of Warwick, UK di bawah tajaan MARA," katanya.
Ujar beliau, harapan besar Allahyarham agar anaknya, Aiman mengubah nasib keluarga melalui pendidikan masih segar dalam ingatannya.
"Dari bumi Sabah ini, saya sempat membuat panggilan video bersama Aiman yang kini berada di Conventry, UK untuk menyampaikan ucapan takziah dan kata-kata semangat.
"Saya tahu ini bukan ujian yang mudah, kehilangan seorang ayah ketika sedang bermusafir menuntut ilmu di negara asing amatlah berat.
"Saya masih terbayang betapa tingginya impian ayahnya agar Aiman berjaya di perantauan ketika lawatan saya tahun lalu," jelas Asyraf yang turut menzahirkan ucapab terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Aminuddin Omar yang mewakilinya menziarahi keluarga dan membantu urusan pengebumian.
Aiman sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas kisahnya mengambil upah membasuh baju rakan-rakan demi menampung perbelanjaan harian kerana kesempitan hidup menjadi tular.
Beliau yang kini berada di UK selepas mendapat Pembiayaan Pendidikan Tertiari Yayasan Pelajaran Mara di bawah Program Pembangunan Bakat Muda. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#Asyraf Wajdi Dusuki
#pelajar cemerlang MRSM
#ucapan takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan