awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa cemas dua anak terperangkap dalam kereta

Bernama
Bernama
30/01/2021
15:15 MYT
Bapa cemas dua anak terperangkap dalam kereta
Seorang bapa berdepan detik cemas apabila dua anak perempuannya terperangkap di dalam kereta yang diletak di hadapan sebuah kedai di Jalan Pulai Perdana, Taman Pulai Perdana, di sini petang tadi. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU:Seorang bapa berdepan detik cemas apabila dua anak perempuannya terperangkap di dalam kereta yang diletak di hadapan sebuah kedai di Jalan Pulai Perdana, Taman Pulai Perdana, di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar berkata seramai 10 anggota bersama satu jentera digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.37 petang.
Beliau berkata bapa berumur lingkungan 40-an itu difahamkan meninggalkan kedua-dua anaknya yang berumur lima dan enam tahun terbabit di dalam kenderaan pacuan empat roda itu untuk ke tandas.
"Menurut bapa terbabit, dia telah meminta seorang daripada anaknya mengunci kereta sebelum dia meninggalkan mereka.
"Menurut bapa itu lagi seorang daripada anaknya juga pandai membuka pintu kereta tetapi sebaik kembali ke kenderaan dia mendapati kedua-dua anaknya tertidur," katanya dalam kenyataan.
Mohd Riduan berkata sebaik sahaja pihak bomba memulakan operasi untuk membuka pintu kenderaan dengan menggunakan peralatan khas, seorang daripada kanak-kanak terbabit tersedar lalu terus membuka pintu.
Beliau berkata kedua kanak-kanak itu diserahkan kepada bapa mereka dalam keadaan selamat dan operasi terbabit tamat pada 5.56 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua anak terperangkap
#Pulai Perdana
#bapa cemas
#Bomba dan Penyelamat Skudai
#pacuan empat roda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan