Gara-gara mencuri susu formula bayi di sebuah pasar raya, bapa dua anak dihukum penjara tiga hari dan didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Mahyudin Mohamad Som turut memerintahkan T.Gopal, 34, menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.
Dia membayar denda itu.
Tertuduh mengaku mencuri empat kotak susu Enfalac dan dua tin Frisocal Gold yang kesemuanya berharga RM502.60 milik 99 Speedmart di Jalan Changkat Thambi Dollah di sini pada 8.05 malam, 6 Jan lepas.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 6 Jan 2017.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudiannya hendaklah dihukum dengan penjara atau denda atau sebat.
Peguam P.Muniswer, yang mewakili Gopal, merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya dikenakan denda minimum dengan alasan dia melakukan jenayah itu disebabkan kesempitan hidup.
"Dia curi susu formula itu untuk anak-anaknya yang berusia empat dan dua tahun. Ia merupakan kesalahan pertama tertuduh dan isterinya pula akan bersalin anak ketiga dalam masa dua minggu lagi,"katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
Di mahkamah sama, seorang pekerja kedai makanan didenda RM3,500 atau penjara empat bulan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki dengan menggunakan pisau potong kertas.
Majistret Mahyudin Mohamad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Mhuhilan,31, selepas dia mengaku mencederakan P.Arun, 32, di kepala dan ibu jari kiri di kedai makan di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini pada 8.30 malam, 6 Jan lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu denda minimum dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama manakala pendakwaan memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2017
Gara-gara mencuri susu formula bayi di sebuah pasar raya, bapa dua anak dihukum penjara tiga hari dan didenda RM1,200. - Gambar hiasan
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Mead Johnson tawar penggantian bagi susu rumusan bayi Enfalac
Mead Johnson menasihatkan pengguna dan peruncit di seluruh negara supaya memulangkan produknya; Enfalac A Step 1 Infant Formula dalam pek 1.8 kg untuk penggantian segera.