Bapa kepada empat anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan merogol anak sulungnya berusia 12 tahun.
Tertuduh berusia 41 tahun membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Chabang Tiga, di sini antara jam 3 hingga 4 pagi pada Julai hingga Ogos lalu.
Tertuduh yang didakwa mengulangi perbuatan sama di lokasi dan waktu sama pada 17 Ogos lalu boleh dihukum di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan iaitu penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad.
Mahkamah menetapkan 25 Oktober depan sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan tidak menawarkan sebarang jaminan.
Mangsa kini disahkan mengandung tujuh minggu selepas mengalami muntah-muntah ketika sedang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
Sinar Harian
Tue Sep 24 2019

Tertuduh berusia 41 tahun membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nooriah Osman. - Sinar Harian

AWANI Ringkas: Ahmad Zahid Hamidi terus didesak berundur | Kadar pinjaman tidak berbayar dijangka meningkat

Jepun nafi laporan mengenai pembatalan Olimpik Tokyo
Saya menafikannya kerana ia tidak benar, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Manabu Sakai.

COVID-19 | Sarawak catat kebolehjankitan COVID-19 tertinggi
Sarawak merekodkan 203 kes positif COVID-19 pada Khamis dengan daerah Sibu merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 120 kes. Ia merupakan angka jangkitan yang tertinggi pernah dicatat di negeri itu sejak kes pertama dikesan pada 13 Mac 2020. Ini menjadikan jumlah kes kumulatif COVID-19 di Sarawak melonjak kepada 2,570 kes. Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed, Pakar Mikrobiologi Klinikal USIM

PSB bukan tandingan GPS - Masing
Parti Sarawak Bersatu (PSB) hanyalah sebuah parti baharu yang dibarisi pemimpin lama yang kecewa.

Malaysia harap perdagangan dengan AS lebih teratur di bawah Biden
Amerika Syarikat adalah syarikat perdagangan rakan niaga yang besar untuk Malaysia.

Helikopter 911 terhempas di Afrika Selatan ragut 5 nyawa
Lima nyawa terkorban dalam nahas helikopter Netcare 911 terhempas di Bergville, wilayah Kwazulu-Natal (KZN) Afrika Selatan pada Khamis.

Sarawak Memilih: GPS akan mohon pengecualian darurat jika COVID-19 terkawal - Masing
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memohon untuk dikecualikan daripada darurat bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) dijalankan.

Koeman hilang sabar Barcelona kerap gagal sepak penalti
Pasukan Catalanyu itu memerlukan masa tambahan untuk mengatasi kelab Segunda B itu menerusi jaringan Ousmane Dembele dan Martin Braithwaite.

PKP | Pekasam Tumpat ke seluruh negara
Perintah Kawalan Pergerakan, PKP 2.0 yang dilaksanakan di Kelantan tidak menghalang industri kecil dan sederhana, IKS terus bergerak. Bagi IKS yang berjaya mengadaptasi dengan norma baharu, PKP memberikan pulangan lumayan melalui jualan dalam talian ke pelusuk negeri.

Olimpik Tokyo | Sukan Olimpik batal atau tidak?
Bagi mengulas lanjut berhubung pelaksanaan Sukan Olimpik Tokyo ini kita bersama dengan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Bapa durjana rogol anak sulung umur 12 tahun hingga hamil
Bapa kepada empat anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan merogol anak sulungnya berusia 12 tahun.