awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump bertanggungjawab atas kematian rakyat Iran semasa rusuhan - Ali Khamenei
Tanda tanya terjawab, anak sahkan Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah
Kemboja tahan 75 suspek penipuan dalam talian semasa serbuan terbaharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa lemas selepas selamatkan anak jatuh sungai

Bernama
Bernama
25/08/2025
15:40 MYT
Bapa lemas selepas selamatkan anak jatuh sungai
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumah mereka di Jalan Kampung Sat, Tanah Merah, petang tadi. - Gambar fail/hiasan
KOTA BHARU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumah mereka di Jalan Kampung Sat, Tanah Merah, petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah Roslan Ismail berkata mangsa yang dikenali sebagai "Budin", 46, keluar berjalan bersama dengan anak lelakinya berusia lapan tahun sebelum kejadian berlaku.
"Anaknya dikatakan terjatuh dan lemas di sungai itu, tetapi berjaya diselamatkan oleh mangsa. Bagaimanapun, selepas itu mangsa pula hilang dibawa arus dan hingga kini masih belum ditemukan," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata identiti penuh mangsa masih dalam proses pengesahan daripada ahli keluarga terdekat.
Roslan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada 7.26 malam dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejauh 3.6 kilometer dari balai sebelum tiba pada 7.45 malam.
"Sebaik tiba, pasukan operasi mengesahkan seorang lelaki dewasa dilaporkan lemas dan kami memohon bantuan Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat," katanya.
Beliau berkata operasi SAR masih diteruskan dengan kekuatan anggota BBP Tanah Merah bersama-sama Unit PPDA, selain mendapat kerjasama polis serta penduduk setempat bagi mempercepat pencarian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bapa lemas
#selamatkan anak
#jatuh sungai
#Jalan Kampung Sat Tanah Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan