MERSING: Seorang bapa maut manakala anaknya cedera selepas lori tangki dipandunya terlibat nahas di Kilometer 20 Jalan Jemaluang-Mersing dekat sini pada Selasa.
Kemalangan pada jam 1.45 petang itu mengakibatkan penumpang di bahagian hadapan, Kamaruzaman Isman, 51, meninggal dunia manakala anaknya yang memandu lori berkenaan, Mohamad Aidil Kamaruzaman, 23, cedera pada bahagian muka.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, kemalangan itu berlaku semasa lori dinaiki dua beranak itu dalam perjalanan dari arah Mersing menuju ke arah Jemaluang.
"Sebaik tiba di tempat kejadian dengan keadaan jalan yang berselekoh, treler yang membawa muatan cecair karbon dioksida itu dipercayai hilang kawalan.
"Lori itu kemudian terbabas secara mengiring di bahu kiri jalan menuju ke arah Jemaluang," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Menurut beliau, penumpang berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Mersing yang tiba di tempat kejadian.
Sementara anak mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dirujuk ke unit kecemasan Hospital Mersing.
Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azhari Awi berkata, lapan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dihantar ke tempat kejadian.
Artikel asal di Sinar Harian: Bapa maut, anak cedera lori tangki terbalik
Sinar Harian
Wed Jul 07 2021
Seorang bapa maut manakala anaknya cedera selepas lori tangki dipandunya terlibat kemalangan di Kilometer 20 Jalan Jemaluang-Mersing, Mersing pada Selasa. -Foto Sinar Harian
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Pemandu maut lori tangki terbalik di Lebuhraya KL-Karak
ACP Noor Ariffin berkata lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu dalam perjalanan ke Klang, Selangor dari Lipis, Pahang.
Pemandu maut, kelindan cedera, lori tangki terbalik di Selama
Kemalangan melibatkan sebuah lori tangki terbabas di bahu jalan menyebabkan dua orang tersepit.
Lori tangki terbalik akibat masalah brek
Kedua-dua pemandu lori tangki dan BMW bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bapa maut, anak cedera lori tangki terbalik
Kemalangan itu berlaku semasa lori dinaiki dua beranak itu dalam perjalanan dari arah Mersing menuju ke arah Jemaluang.
Lori tangki bawa asid terbalik di PLUS
Kejadian berlaku di KM373 Lebuhraya PLUS arah selatan, berhampiran susur keluar plaza tol Slim River pada petang Selasa.