awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa rogol anak OKU dipenjara 30 tahun, 30 sebatan

Bernama
Bernama
31/07/2024
07:46 MYT
Bapa rogol anak OKU dipenjara 30 tahun, 30 sebatan
Buruh berumur 45 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zaqikudin Zulkifli. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki hari ini dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).
Buruh berumur 45 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zaqikudin Zulkifli.
Dia didakwa merogol anak perempuannya yang ketika itu berusia 12 tahun di sebuah rumah di Dungun pada pukul 12 tengah malam pada tahun 2022, dan mengulangi kesalahan sama pada Oktober 2023 dan Januari tahun ini masing-masing pada pukul 6 petang dan 12.30 tengah malam di lokasi sama.
Bagi setiap kesalahan, dia dituduh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Riffin manakala lelaki itu tidak diwakili peguam.
Hakim Zul Zaqikudin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun penjara dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap lelaki itu dengan kesemuanya berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkap 21 Julai lepas, bagaimanapun dia hanya dikenakan 24 sebatan memandangkan Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah hanya membenarkan maksimum hukuman sebatan 24 kali sebatan sahaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rogol anak OKU
#lelaki dihukum penjara
#Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu
#rogol anak perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan