awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa rogol anak OKU hingga lahirkan bayi ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/07/2024
00:15 MYT
Bapa rogol anak OKU hingga lahirkan bayi ditahan
Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah diperkosa berulang kali oleh bapanya sejak berusia 12 tahun. - Gambar hiasan
DUNGUN: Perbuatan keji seorang bapa merogol anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) sehingga hamil akhirnya terbongkar apabila mangsa melahirkan seorang bayi.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, kejadian itu disedari selepas remaja berusia 13 tahun itu mengadu sakit pada bahagian perut dan dikejarkan ke klinik.
"Pada mulanya mangsa dibawa ke Klinik Ketengah Jaya selepas mengadu sakit perut namun pihak klinik terkejut selepas mendapati mangsa sebenarnya hamil.
"Kanak-kanak itu melahirkan seorang bayi kira-kira jam 7 malam ketika dirawat di klinik tersebut dan segera dikejarkan ke Hospital Dungun," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Menurut Maizura, bertindak daripada laporan diterima, pihak polis berjaya mengesan dan menahan suspek.
"Suspek berusia 45 tahun yang merupakan seorang buruh telah ditahan bagi membantu siasatan.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah diperkosa berulang kali oleh bapanya sejak berusia 12 tahun dan suspek juga memiliki rekod lampau berkaitan dadah," katanya.
Maizura berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah rogol.
Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan dikenakan hukuman sebatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rogol anak
#OKU
#melahirkan bayi
#Maizura Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan