TUMPAT: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anaknya maut selepas kereta yang dinaiki terjunam ke dalam sungai dekat Kampung Telok Jering, di sini, kira-kira 12 tengah hari tadi.
Abdul Aziz Che Hak 60-an berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa anaknya Che Azizi Shah, 32, itu selepas dimaklumkan oleh kenalannya, sebelum terus bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika anaknya ingin pulang ke rumah yang terletak di Kampung Cherang Melintang, selepas memancing bersama rakannya di Kuala Jambu.
"Anak saya menghidap penyakit asma sejak kecil dan memerlukan pam lelah hampir setiap hari. Saya mengetahui arwah pergi memancing menggunakan kereta Pajero milik saya, namun tidak pasti dia keluar dari rumah pada pukul berapa.
"Saya reda dengan apa yang terjadi dan berharap segala urusan dapat diselesaikan secepat mungkin agar jenazah dapat dikebumikan segera," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Teluk Jering.
Sementara itu, saksi kejadian Nazma Abdul Rahman, 39, pula berkata ketika kejadian dia sedang membuat persiapan untuk membuka warung miliknya, yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.
"Saya lihat kereta berkenaan dipandu pada kelajuan biasa, sebelum tiba-tiba terdengar dentuman yang agak kuat dan terkejut melihat kereta itu melanggar jambatan lalu terjatuh ke dalam sungai.
"Anak saudara saya, Ayman Afnan Zamri, 24, yang berada dilokasi cuba menyelamatkan mangsa dengan terjun ke dalam sungai, namun tidak berjaya disebabkan pintu kereta berkunci," katanya yang menambah beberapa penduduk turut membantu membawa mangsa naik ke darat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat untuk bedah siasat.
Terdahulu, tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp video berdurasi 40 saat mengenai sebuah kereta terjunam ke dalam sungai selepas melanggar penghadang besi jambatan di Kampung Telok Jering.
Mohd Khairi berkata kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.
Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut tampil membantu siasatan.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
Orang ramai membantu mengangkat mayat mangsa. - Gambar media sosial via Sinar Harian
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.
Vivy, suami percaya sistem keadilan, harap bersihkan nama
Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan mereka akan terus memberi kerjasama dalam siasatan pertuduhan pecah amanah yang disabitkan terhadap mereka.
Pindaan RUU 588: Jamin tindakan proaktif platform media sosial tangani pelanggaran undang-undang - Fahmi
Pindaan membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan notis kepada platform berkenaan agar mengambil tindakan.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.
Pelesenan media sosial: Telegram akhirnya beri respon positif
Telegram akhirnya memberi maklum balas positif berhubung pelaksanaan pelesenan media sosial yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS apabila pelabur pilih mata wang selamat
Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.