KUALA LUMPUR: Seorang bapa yang mendera anak bongsunya dengan menyimbah air panas menggelegak kerana mengganggunya tidur, dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Yasin Halik, 41, yang mengaku bersalah menyimbah air panas daripada pemanas air ke atas kanak-kanak perempuan berusia enam tahun hingga menyebabkan bahu kiri serta kanan dan kedua lutut mangsa melecur.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik sewa di Jalan Pudu di sini, pada 12 tengah hari, 1 Dis tahun lepas, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Norina memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 11 Dis 2022 selain mengarahkannya berkelakuan baik dengan bon jaminan tanpa cagaran selama tiga tahun serta melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat selama 180 jam dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.
Berdasarkan fakta kes, pada 7 malam, 1 Dis 2022, pengadu iaitu seorang wanita warga Indonesia bernama Suma pulang dari kerja dan melihat mangsa serta seorang lagi anaknya dalam keadaan bogel dengan kesan melecur pada badan dua anaknya itu.
Wanita itu yang merupakan tukang masak di sebuah restoran telah bertanya kepada anak-anaknya dan mereka menjawab "bapa siram air panas sebab kakak dengan adik bising".
Pengadu hendak membawa mereka ke hospital tetapi dihalang oleh tertuduh dan pengadu telah membuat laporan polis pada 9 Dis 2022 selepas seorang daripada anaknya itu meninggal dunia.
Hasil siasatan mendapati tertuduh telah menyiram air panas menggelegak ke atas badan mangsa kerana mengganggunya tidur.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh kerana sebagai seorang bapa dia seharusnya melindungi kanak-kanak itu, bukan menyimbah air panas tanpa belas kasihan.
Mohd Yasin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana dia mahu berjumpa ibu bapanya di Sabah.
Pada 21 Dis tahun lepas, lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh anak sulungnya berusia sembilan tahun, di lokasi sama pada 9 malam, 9 Dis 2022, sebelum mayat mangsa ditanam di kawasan riadah dekat sini.
Di Mahkamah Majistret sama, Mohd Yasin dijatuhkan hukuman penjara empat bulan selepas mengaku bersalah menyimbah air panas ke badan Suma sehingga menyebabkan mangsa melecur pada punggung kiri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023
Mohd Yasin mengaku bersalah menyimbah air panas terhadap anak bongsunya yang berusia enam tahun hingga melecur. - Fail BERNAMA
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Bapa simbah anak bongsu air panas dipenjara enam tahun
Seorang bapa yang mendera anak bongsunya dengan menyimbah air panas menggelegak kerana mengganggunya tidur, dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.