awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barangan keperluan Aidilfitri mencukupi - KPDNHEP

Bernama
Bernama
09/05/2020
21:25 MYT
Barangan keperluan Aidilfitri mencukupi - KPDNHEP
KPDNHEP sentiasa melakukan pemantauan dan mendapati semua barang keperluan yang dijual di pasar raya dan kedai di kawasan kampung mencukupi serta harganya stabil.- Gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memastikan tidak berlaku pembelian panik dan barang keperluan mencukupi bagi persiapan Aidilfitri tidak lama lagi.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan) KPDNHEP, Mohamed Zahari Razali berkata, pengguna di seluruh negara jangan mudah terpengaruh dengan pelbagai khabar angin berhubung barang keperluan tidak mencukupi dan berlaku kenaikan harga.
Beliau berkata, keadaan itu tidak berlaku kerana pemantauan sentiasa dilakukan dan mendapati semua barang keperluan yang dijual di pasar raya dan kedai di kawasan kampung mencukupi serta harganya yang stabil.
Katanya, penduduk di luar bandar juga tidak perlu bersusah payah mengejar masa untuk membeli barang keperluan bagi persiapan Aidilfitri di pasar raya kawasan bandar kononnya harga lebih murah walaupun sanggup bersesak.
"Harga jualan barang keperluan itu termasuk tepung gandum, telur ayam dan minyak masak sama saja di pasar raya dan kedai di kampung pedalaman," katanya kepada pemberita selepas meninjau barang keperluan yang dijual di sebuah kedai di Kampung Jerek, pada Sabtu.
Mohamed Zahari berkata, pihak penguatkuasa KPDNHEP akan terus melakukan pemantauan ke atas semua pasar raya dan kedai runcit di kampung mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kementerian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#barang keperluan
#kedai runcit
#kenaikan harga
#khabar angin
#KPDNHEP
#luar bandar
#Mohamed Zahari Razali
#pasar raya
#pemantauan
#pembelian panik
#persiapan
#persiapan Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan