awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru keluar penjara, penagih ditahan semula angkara dadah

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2018
10:07 MYT
Baru keluar penjara, penagih ditahan semula angkara dadah
ACP Shahrurinain Jais menunjukkan barangan rampasan pada sidang media di sini pada Khamis. - Foto Astro AWANI
Biarpun baru dua bulan keluar dari penjara akibat kesalahan berkaitan dadah, seorang lelaki berusia 57 tahun tidak pernah serik.
Lelaki itu sekali lagi ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dalam keadaan mencurigakan Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahrurinain Jais berkata, hasil siasatan lanjut ke rumah suspek menemui lebih 6.32 kilogram dadah jenis syabu dalam pelbagai bentuk bagi tujuan pengedaran.
Katanya, nilai keseluruhan dadah berjumlah RM440,400.
ACP Shahrurinain Jais menunjukkan barangan rampasan pada sidang media di sini pada Khamis.
ACP Shahrurinain Jais menunjukkan barangan rampasan pada sidang media di sini pada Khamis.
"Untuk makluman juga bahawa tangkapan baru dua bulan keluar penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan menjalankan aktiviti pengedaran dadah untuk mencari sumber rezeki.
"Kita juga masih lagi menjalankan siasatan untuk mengenal pasti rakan sindiket suspek," katanya pada sidang media di IPD Johor Bahru Selatan di sini pada Khamis.
Tambah Shahrurinain, pihaknya turut merampas 14 jam tangan pelbagai jenama, seutas rantai dan subang serta wang tunai RM1,700.
Jelasnya, saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methapethamin dan direman sehingga 17 April depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#banduan
#Dadah
#IPD Johor Bahru Selatan
#penjara
#Shahrurinain Jais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan