awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi susulan penurunan dolar selepas pengumuman minit mesyuarat FOMC
Papa Zola The Movie bakal tembusi pasaran antarabangsa mulai Januari 2026
VM2026: Malaysia tawar pengalaman pelancongan bernilai tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru keluar penjara, tiga lelaki ditahan pecah rumah

Sinar Harian
Sinar Harian
12/01/2022
22:20 MYT
Baru keluar penjara, tiga lelaki ditahan pecah rumah
Tiga lelaki yang baru selesai menjalani hukuman tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) diberkas semula kerana dipercayai terlibat kegiatan pecah rumah. -Gambar hiasan/Bernama
PETALING JAYA: Tiada istilah serik. Itulah antara kesimpulan yang menggambarkan tindakan tiga lelaki warga tempatan yang baru selesai menjalani hukuman tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) diberkas semula kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, ketiga-tiga suspek berkenaan selesai menjalani hukuman berkenaan pada Julai 2021.
"Ketiga-tiga suspek berumur antara 39 hingga 58 tahun itu sebelum ini dikenakan hukuman di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
"Mereka dikenal pasti mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, tangkapan ke atas ketiga-ketiga suspek dijalankan setelah pihaknya menerima laporan berkaitan kes sebuah rumah dipecah masuk pada Sabtu.
"Mangsa yang tiba di rumahnya kira-kira jam 11 malam mendapati rumahnya berselerak selain pelbagai barangan berharga telah hilang.
"Antaranya termasuklah barangan kemas, elektronik, peralatan elektrik, wang tunai dan pelbagai barangan peribadi dengan anggaran kerugian adalah sekitar RM50,000," katanya.
Menurut beliau, siasatan mendapati kumpulan itu menyasarkan barangan kemas dan kenderaan mewah.
"Barang kemas hasil pecah rumah tersebut kemudiannya dijual di kedai pajak gadai di sekitar Rawang dan Setapak.
"Dengan tertangkapnya kumpulan ini, polis berjaya menyelesaikan lapan kes pecah rumah di sekitar Petaling Jaya, Serdang dan Ampang," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
"Kesemua suspek direman 10 hari untuk siasatan lanjut," ujar beliau.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pecah rumah
#baru keluar penjara
#POCA
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan