awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas bawa 24 pelajar USIM terbabas di Ulu Yam, tiga cedera parah

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2014
12:02 MYT
Bas bawa 24 pelajar USIM terbabas di Ulu Yam, tiga cedera parah
Bas terbabit kehilangan kawalan dipercayai selepas breknya gagal berfungsi - Foto Astro AWANI/Imran Ismail
Sebuah bas yang dalam perjalanan ke Nilai, Negeri Sembilan terbabas ke bahu jalan dari lorong kiri Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor berdekatan Empangan Batu pada jam 6:30 petang tadi.
Bas yang membawa 24 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan dua orang pemandu itu dalam perjalanan pulang dari Kem Eco Ulu Yam menuju ke kolej mereka di Nilai.
Menurut Pegawai Penyiasat IPD Gombak, Ramachandran Letchumanan siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan brek bas yang gagal berfungsi secara tiba-tiba.
kemalangan bas
kemalangan bas
Foto Astro AWANI
“Bilangan yang cedera parah adalah tiga orang manakala 9 orang cedera ringan, mangsa-mangsa lain dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
kemalangan bas
kemalangan bas
Foto Astro AWANI
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.
Pasukan bomba dan penyelamat berada di tempat kejadian sehingga pukul 9:45 malam untuk membawa mangsa keluar dari bas.
Keadaan lalulintas dilaporkan sesak sehingga 2 kilometer dari tempat kejadian.
Topic Berkaitan
#kemalangan bas
#Pegawai Penyiasat IPD Gombak
#Ramachandran Letchumanan
#Ulu Yam
#Universiti Sains Islam Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan