"Saya tidak melihat keperluan bas dua tingkat di Malaysia,"
Itu pendapat salah seorang Panel Penasihat Bebas bagi Siasatan Tragedi Bas Terjunam di Genting Highlands 21 Ogos 2013, Datuk Abd Radzak Abd Malek.
Jelasnya,bas dua tingkat tidak sesuai untuk perjalanan jauh sebaliknya hanya sesuai digunakan sebagai bas henti-henti.
"Bas dua tingkat saya tidak teruja. Beritahu saya kenapa perlu bas dua tingkat di Malaysia tetapi kalau di Kuala Lumpur lain, Ampang Jaya berhenti, dekat Petaling Jaya berhenti, Sungai Way berhenti," katanya semasa menjadi tetamu program Analisis Awani.
Mengulas mengenai 51 cadangan penambahbaikan pengangkutan bas oleh badan bebas itu, beliau berharap kerajaan tidak bersikap menunggu kemalangan berlaku, baru bertindak melakukan siasatan termasuk menggantung lesen pemandu bas.
Bagi mengelak kemalangan melibatkan bas, beliau yang juga Presiden Institut Pakar Logistik dan Pengangkutan Malaysia, CILTM berkata,satu gerak kerja yang konsisten perlu diwujudkan bagi mengaudit keseluruhan aset-aset bas mana-mana syarikat bas terlibat.
"Dalam pandangan kita (panel bebas) beri ia termasuk faktor manusia, kenderaan, jalan raya, dan peraturan,kepada siapa persoalan ini perlu ditujukan,"katanya.
Langkah itu penting memandangkan ia melibatkan nyawa penumpang yang tidak sepatutnya dipandang sepi.
"Malangnya apabila (syor) diwar-warkan kepada umum oleh Pemangku Menteri Pengangkutan tapi benda berlaku sedangkan di dalam 51 cadangan termasuk rangka tindakan dan sebagainya, kalaupun tak mahu dilaksanakan keseluruhan tapi rekemendasi itu adalah perkara cukup mudah untuk dilaksanakan," ujar beliau.
Beliau juga mempersoalkan mengapa tiada mekanisme yang berkesan dalam mengawal had laju sesebuah bas.
"Kenapa begitu murah nyawa mereka pandang, 4 bulan mesyuarat diadakan dengan semangat kuat jangan berlaku perkara macam ni, tetapi tetap berlaku (kemalangan),"tegas beliau.
Sebelum ini, 51 cadangan disyorkan panel bebas berkenaan selepas tragedi bas terjunam di Genting Highlands 21 Ogos tahun lalu.
51 cadangan yang dikemukakan itu antara lain melibatkan 16 syor berkaitan jalan, 20 syor melibatkan aspek kenderaan, 8 syor untuk keselamatan operasi, 4 syor tindakan kecemasan dan 3 syor untuk memperkasakan penglibatan orang awam.
Rahimah Abdullah
Wed Apr 23 2014
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Rapid Penang sedia bas dua tingkat bermula 1 Feb
Rapid Penang bakal memulakan perkhidmatan bas dua tingkat bermula 1 Feb ini selaras dengan imej baharu sistem pengangkutan di Pulau Pinang.
Klinik bergerak bas dua tingkat santuni asnaf luar bandar
Usahasama itu memberi fokus kepada aspek kesihatan dan rawatan kepada golongan kurang berkemampuan.
Suami isteri yang maut dalam nahas bas ekspress, selamat dikebumikan
Jenazah pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan bas ekpress awal pagi Sabtu selamat dikebumikan di Salor, Pasir Mas.