awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas ekspres bawa 20 penumpang terbabas, terbalik di Lebuhraya PLUS

Sinar Harian
Sinar Harian
05/12/2024
05:09 MYT
Bas ekspres bawa 20 penumpang terbabas, terbalik di Lebuhraya PLUS
Gambar tular berkaitan kemalangan sebuah bas ekspres di KM427.1 Lebuhraya Utara Selatan pada Rabu.
HULU SELANGOR: Seramai 20 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di Kilometer 427.1 Lebuhraya Utara Selatan di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan insiden itu pada jam 11.45 malam.
"Hasil siasatan awal, kemalangan berlaku pada jam 9 malam. Bas berkenaan dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menghala ke Seremban, Negeri Sembilan untuk menghantar penumpang.
"Apabila tiba di lokasi kejadian bas tersebut telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri, sebelum masuk ke longkang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ahmad Faizal berkata, akibat daripada kemalangan tersebut pemandu bas cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
"Manakala 20 orang penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan telah dipindahkan ke bas lain yang disediakan oleh syarikat terbabit, sebelum meneruskan perjalanan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bas terbalik
#kemalangan bas
#Malaysia
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan