awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas ekspres dua tingkat terbakar, 17 penumpang, dua pemandu terselamat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
19/01/2024
00:00 MYT
Bas ekspres dua tingkat terbakar, 17 penumpang, dua pemandu terselamat
Sebuah bas ekspres dua tingkat terbakar 80 peratus dalam kejadian di Kilometer 375.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat Slim River, pagi ini. - Foto JBPM Perak
TANJUNG MALIM: Seramai 17 penumpang dan dua pemandu terselamat apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbakar di Kilometer 375.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat Slim River, pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 5.19 pagi.
Menurutnya, setibanya jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River di lokasi, didapati kebakaran melibatkan bas ekspres dua tingkat yang terbakar 80 peratus.
“Semasa kejadian, bas tersebut membawa 17 penumpang iaitu 14 lelaki dan tiga wanita.
“Kesemua penumpang telah berjaya keluar sebelum kebakaran merebak dan tiada penumpang yang cedera,” katanya dalam kenyataan di sini.
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Menurutnya, anggota bomba membuat kerja pemadaman menggunakan tiga hose reel dan satu aliran satu pancutan 100 kaki bersumberkan air dari tangki air jentera.
Sementara itu, ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan II Isma Mohamad Ubadullah berkata, bas ekspres itu dikatakan dalam perjalanan dari Segamat, Johor ke Kangar, Perlis.
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Menurutnya, kebakaran dipercayai bermula daripada bahagian enjin yang terletak di bahagian belakang bas.
Operasi pemadaman itu yang turut dibantu anggota dari BBP Tanjung Malim tamat jam 7.23 pagi.
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan
#bas terbakar
#JBPM Perak
#Tanjung Malim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan