DREBAR
Bas ekspress laluan timur berpindah ke TBS


Mengikut laporan tersebut, Bahagian Pengurusan hartanah Jabatan perdana Menteri dipetik berkata bahawa pengalihan operasi laluan timur yang aktif ini disebabkan oleh struktur bangunan Hentian Bas Putra yang digunakan selama ini sudah tidak selamat lagi. Faktor keselesaan penumpang juga diambil kira.
Dari satu sudut, perpindahan ini ada juga baiknya memandangkan BTS mempunyai hubungan yang lebih baik ke jaringan pengangkutan yang lain seperti LRT laluan Seri Petaling, KTM Komuter dan KLIA Transit. Namun, agak ironik jika penumpang yang ingin ke timur perlu ke Terminal Bersepadu Selatan.
Dan perlu diingat bahawa sekarang semua laluan bas ekspress – selatan, utara dan timur – akan tertumpu ke BTS.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami