awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas hilang kawalan terbabas, rempuh kawasan Kompleks Mahkamah Ipoh

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2016
12:07 MYT
Bas hilang kawalan terbabas, rempuh kawasan Kompleks Mahkamah Ipoh
Seorang saksi bas dipandu dengan laju pada ketika itu dan dipercayai menyebabkan bas sukar dikawal. - Foto Astro AWANI
Kompleks Mahkamah Ipoh hari ini gempar apabila sebuah bas terbabas dan merempuh pagar serta beberapa buah kenderaan di dalam perkarangan bangunan berkenaan.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden yang berlaku kira-kira jam tiga petang itu.
Menurut saksi kejadian, bas tanpa penumpang tersebut dari arah Kuala Kangsar dan terbabas selepas mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan yang cuba membuat pusingan U.
“Tiba-tiba, saya dengar satu bunyi yang sangat kuat. Selepas itu, saya tengok satu bas transit terbabas ke dalam kawasan mahkamah dan melanggar sebuah van serta kereta staf kita,” kata jurubahasa mahkamah D. Thevapriya.
Seorang saksi lain pula menambah bahawa bas dipandu dengan laju pada ketika itu dan dipercayai menyebabkan bas sukar dikawal.
“Saya ingat dia laju. Selepas itu sebuah kereta dari jalan sebelah sana (bertentangan) membuat pusingan U dengan perlahan. Jadi, bas tersebut cuba mengelak dan rempuh di sini. Saya lari ke belakang,” kata ahli perniagaan Osman Bakar.
Menurut saksi, dia melihat bas dipandu dengan laju pada ketika itu dan dipercayai menyebabkan bas sukar dikawal. - Foto Astro AWANI
Menurut saksi, dia melihat bas dipandu dengan laju pada ketika itu dan dipercayai menyebabkan bas sukar dikawal. - Foto Astro AWANI
Polis Daerah Ipoh mengesahkan kejadian kepada Astro AWANI dan memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan laporan lengkap mengenai kejadian itu dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#bas
#Ipoh
#mahkamah
#rempuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan