awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas langgar belakang lori di lebuh raya PLUS, 12 selamat, seorang tersepit

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/06/2025
00:55 MYT
Bas langgar belakang lori di lebuh raya PLUS, 12 selamat, seorang tersepit
Sebuah bas dua tingkat dipercayai terlanggar belakang sebuah lori tunda di KM311.4 lebuh raya PLUS arah utara, dekat Tapah, awal pagi ini, mengakibatkan seorang tersepit sementara 12 lagi selamat. Foto JBPM Perak
IPOH: Seramai 12 individu terselamat manakala seorang pemandu tersepit apabila sebuah bas dua tingkat dipercayai terlanggar belakang sebuah lori tunda di Kilometer (km) 311.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat Tapah, awal pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.28 pagi.
Menurutnya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi kemalangan yang terletak 15km dari balai.
“Setibanya jentera di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas dua tingkat yang melanggar belakang sebuah lori tunda, mengakibatkan pemandu bas berumur 29 tahun tersepit,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sabarodzi berkata, seorang pembantu pemandu bersama sembilan penumpang bas terselamat dan tidak mengalami kecederaan.
Menurutnya, pemandu dan kelindan lori tunda juga tidak mengalami kecederaan dan terselamat.
“Ketua operasi melakukan size-up dan mengaplikasikan konsep SAVER, seterusnya mengarahkan anggota melakukan kerja-kerja penyelamatan mangsa menggunakan peralatan khas ‘power rescue unit’ bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” ujarnya.
Katanya, pemandu bas berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan pada bahagian kaki sebelah kanan.
Mangsa seterusnya diserahkan pada pihak perubatan untuk tindakan selanjutnya.
Operasi tamat jam 2.23 pagi.
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan
#Ipoh
#lori tunda
#bas dua tingkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami