awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas terbabas langgar pokok, 4 pelajar perempuan USIM cedera

Bernama
Bernama
08/02/2022
02:51 MYT
Bas terbabas langgar pokok, 4 pelajar perempuan USIM cedera
Empat pelajar perempuan USIM cedera selepas bas persiaran yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam nahas di Bandar Baru Nilai pagi tadi. -Foto media sosial
SEREMBAN: Empat pelajar perempuan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) cedera selepas bas persiaran yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kemalangan di Bandar Baru Nilai, di sini pagi tadi.
Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Raihan Che Mat berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada kira-kira 7.40 pagi.
Beliau berkata empat pelajar tersebut masing-masing mengalami kecederaan di tangan dan di bahagian tulang belakang.
"Bas itu membawa 17 pelajar dan sedang dalam perjalanan ke USIM.
"Kami menerima laporan mengenai tumpahan minyak di atas jalan raya berhadapan McDonald's di Bandar Baru Nilai...dan bas dipercayai terbabas kemungkinan berpunca daripada tumpahan minyak itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya kesemua pelajar itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) dengan ambulans unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dan Kementerian Kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#USIM
#bas persiaran terbabas
#Raihan Che Mat
#Empat pelajar perempuan cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan