KAHERAH: Sekurang-kurangnya 20 maut manakala tiga yang lain cedera dalam nahas melibatkan bas dan lori tangki minyak di selatan Mesir.

Dalam kejadian di wilayah selatan Assiut pada Selasa, bas yang dalam perjalanan dari Kaherah itu dilaporkan terbalik ketika cuba memotong sebuah lori lain sebelum kemudiannya dilanggar lori tangki terbabit.

Menurut Gabenor Assiut, Essam Saad dalam satu kenyataan, kedua-dua kenderaan itu kemudiannya terbakar, lapor AlJazeera.

Gambar yang dikeluarkan pejabat gabenor menunjukkan bas yang terbakar dengan pasukan penyelamat mencari mangsa yang terselamat.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital berdekatan dengan 36 ambulans yang digegaskan ke lokasi kejadian, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan.