Bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pagoh, Johor tidak mempunyai alat pengehad kelajuan (SLD) kerana ia dibuat dan didaftarkan pada 2013, sebelum pemasangan alat itu diwajibkan bagi bas yang dibuat selepas Januari 2015, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Kementerian Pengangkutan mewajibkan semua bas model baharu yang dibuat mulai Januari 2015 dipasang dengan SLD, sejajar dengan Peraturan Bangsa Bersatu 89," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kemalangan pada kira-kira 3.30 pagi Sabtu itu, bas ekspres berkenaan menjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter dan merempuh tembok konkrit sebuah terowong di Kampung Jayor di Km137.3 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), mengakibatkan 14 orang maut, termasuk pemandu dan anak perempuannya, serta mencederakan 16 penumpang lain.
Liow berkata kementerian itu, melalui Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat, akan menjalankan audit menyeluruh mengenai keseluruhan rantaian reka bentuk dan pembinaan serta prosedur kelulusan dan pemeriksaan kenderaan perkhidmatan awam.
"Audit ini akan meliputi penyenggaraan jalan raya oleh agensi berkenaan. Audit baharu akan dilakukan dan disediakan laporannya pada suku pertama 2017," katanya.
Liow bekata kementerian itu juga dalam proses menubuhkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia seperti yang disyorkan Panel Penasihat untuk melaksanakan fungsi penyiasatan secara bebas dan telus mengenai kejadian keselamatan utama, menjalankan penyelidikan untuk mengemukakan syor bagi meningkatkan keselamatan dan memantau serta menilai inisiatif keselamatan semua kaedah pengangkutan.
"Saya telah mengarahkan kementerian saya dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) supaya memantau pelaksanaan semua syor yang digariskan oleh panel itu," katanya.
Beliau berkata agensi berkaitan di bawah bidang kuasa kementerian itu juga diarahkan supaya melaporkan tentang status dan kemajuan pelaksanaan syor berkenaan.
"Kementerian ini akan mengumumkan tentang status laporan mengenai pelaksanaannya melalui laman sesawang rasmi agensi berkaitan, dari semasa ke semasa," katanya.
Panel Penasihat itu ditubuhkan untuk menilai dan menyemak laporan mengenai siasatan selepas kejadian nahas bas Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 2013 dan panel berkenaan mengemukakan laporannya berserta 51 syor kepada kementerian itu pada Januari 2014.
Daripada jumlah itu, 22 langkah yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan telah dilaksanakan, termasuk kewajipan memasang SLD. Langkah selebihnya dilaksanakan 16 agensi dan pihak berkepentingan lain yang berkenaan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2016
TIONG LAI: Bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pagoh, Johor tidak mempunyai alat pengehad kelajuan (SLD). - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Bas terlibat nahas di Pagoh tidak diwajibkan pasang alat pengehad kelajuan - Tiong Lai
Bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pagoh, Johor tidak mempunyai alat pengehad kelajuan (SLD) kerana ia dibuat dan didaftarkan pada 2013.