awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Alhamdulillah, Allahuakbar – Ucap Jojo selepas raih kemenangan kelapan
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas tiada pilihan kerana kegagalan brek - Anih Berhad

Bernama
Bernama
16/03/2017
15:58 MYT
Bas tiada pilihan kerana kegagalan brek - Anih Berhad
Bas yang bergerak laju bersebelahan kereta yang sedang melakukan transaksi tol semalam, tidak mempunyai pilihan berikutan kegagalan brek. -Gambar Youtube KL Gangster 2
Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Anih Berhad menjelaskan bas yang bergerak laju bersebelahan kereta yang sedang melakukan transaksi tol semalam, tidak mempunyai pilihan berikutan kegagalan brek.
Jurucakap Anih Berhad berkata kejadian di Plaza Tol Temerloh dekat sini, pada pukul 3.15 petang semalam adalah insiden yang tidak dapat dielakkan.
Rakaman insiden menerusi kamera litar tertutup itu menjadi tular di laman sosial YouTube.
Sumber: YouTube KL Gangster 2
"Kejadian dipercayai berlaku kerana bas itu mengalami kegagalan brek menyebabkan pemandunya tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan ruang bersebelahan kereta itu.
"Anih Berhad juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu bagi tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Anih Berhad turut menasihatkan semua pemandu khususnya kenderaan berat untuk sentiasa memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.
Semalam, satu rakaman video tular di YouTube menunjukkkan sebuah bas bergerak laju melalui lorong yang sama dengan sebuah kereta yang sedang menjelaskan bayaran tol di sebuah plaza tol.
Dalam video berdurasi 10 saat itu, tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan berlaku. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anih Berhad
#LPT
#temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan