awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#BatalGST: Polis buru golongan anarkis cetuskan huru hara - Zahid

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2015
09:00 MYT
#BatalGST:  Polis buru golongan anarkis cetuskan huru hara - Zahid
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat gambar dan saksi puak anarkis bertindak agresif. -Gambar fail
Tindakan tegas akan diambil terhadap golongan anarkis yang bertindak agresif di himpunan bantah GST di Kuala Lumpur semalam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak polis tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba menggugat keamanan dan kententeraman awam termasuk cuba memburukkan imej negara.
Beliau berkata, golongan itu dilihat sengaja melakukan provokasi terhadap pihak polis supaya polis melakukan kekerasan terhadap mereka.
Batal GST
Batal GST
Petugas media mengambil risiko demi merakamkan aksi peserta #BatalGST pada Jumaat yang membakar suar ketika menyertai 'Perhimpunan Bantah GST' - Foto Bernama
“Kedegilan mereka cukup ketara terutama puak anarkis dan kita tahu pemimpin hanya berucap tetapi puak anarkis harus diambil tindakan dan mereka berhajat untuk berikan gambaran yang buruk. Kami ada gambar mereka dan kami ada saksi. Jangan marah-marah kalau kerajaan ambil tindakan,” katanya.
BACA: Peserta #BatalGST langgar peraturan, bakal berhadapan tindakan - Polis
BACA: Ribuan sertai perarakan #BatalGST 1 Mei
FOTO: Ribuan sertai perarakan #BatalGST 1 Mei
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan himpunan membantah GST yang menyaksikan berlaku kekecohan oleh golongan pelampau.
#BatalGST
#BatalGST
Beberapa peserta 'Perhimpunan Bantah GST' mengambil peluang berkelakuan melampau dengan menendang dan merosakkan pembahagi jalan di sekitar ibu kota, pada Jumaat. - Foto Bernama
Kumpulan itu bertindak mencetuskan kekecohan dengan menconteng dinding premis perniagaan di ibu kota termasuk menggunakan bom asap berwarna serta melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan.
Topic Berkaitan
##BatalGST
#GST
#perhimpunan
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan