awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Siapa yang tidak setuju dengan saya tidak akan jadi Pengerusi Rizab Persekutuan" - Presiden Trump
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
10/01/2024
06:05 MYT
Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor
Sehingga jam 1 tengah hari Rabu, seramai 8,257 mangsa terjejas di seluruh Johor, berlindung di 55 buah PPS. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dinaiki air di Johor, menjadikan tujuh daerah di negeri itu kini terjejas dengan banjir.
Menurut maklumat dikongsikan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Azmi Rohani, sebanyak dua pusat penempatan sementara (PPS) dibuka di daerah tersebut.
"Sebanyak 48 orang daripada 15 keluarga ditempatkan di PPS di Batu Pahat," katanya di sini, hari ini.
Perkembangan terbaharu itu menyaksikan jumlah mangsa banjir terus meningkat berbanding awal pagi tadi.
Jabatan Pengurusan Bencana Daerah pada jam 6 pagi melaporkan sebanyak 53 PPS masih dibuka, menampatkan 5,221 mangsa banjir.
Manakala, maklumat terkini setakat jam 1 tengah hari mendapati seramai 8,257 mangsa terjejas di seluruh Johor, kini berlindung di 55 buah PPS.
Kota Tinggi kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 26 PPS dibuka dan 4,730 mangsa terjejas.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir johor
#Batu Pahat
#info banjir terkini
#Kota Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan