awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batu Puteh: Singapura setuju henti aktiviti penambakan - Mohamad

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/02/2023
07:52 MYT
Batu Puteh: Singapura setuju henti aktiviti penambakan - Mohamad
Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin ketika menggulung perbahasan titah diraja bagi kementerian pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Singapura bersetuju untuk menghentikan sementara perancangan kerja-kerja pembangunan dan aktiviti penambakan Batu Puteh.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata ia susulan Malaysia secara konsisten melakukan bantahan secara lisan dan bertulis terhadap aktiviti penambakan di Batu Puteh.
Malaysia tegas beliau berpendirian bahawa Singapura tidak berhak dan tidak wajar meneruskan perancangan kerja-kerja pembangunan dan aktiviti penambakan, sehingga kedua-dua negara memuktamadkan sempadan maritim di perairan tersebut.
"Susulan bantahan Malaysia, Singapura telah bersetuju untuk menghentikan sementara perancangan kerja-kerja pembangunan dan aktiviti penambakan Batu Puteh.
"Selain daripada pembatasan sempadan maritim, rundingan bagi membincangkan pelan pembangunan sepihak Singapura di Batu Puteh ini juga telah dimulakan oleh kedua-dua negara," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja pada Khamis.
Jelas Mohamad (BN-Kimanis), kementerian bersama-sama agensi-agensi teras kerajaan yang berkaitan sedang meneliti perkembangan semasa, dan mengkaji tindakan-tindakan yang boleh diambil daripada pelbagai aspek termasuk berdasarkan undang-undang antarabangsa dan hubungan diplomatik dua hala.
Sehubungan itu, beliau berkata Malaysia sebagai negara yang bertanggungjawab dan berpendirian kekal dengan prinsip bahawa perkara isu Batu Puteh perlu dikendalikan secara diplomatik dengan niat baik.
"Disamping berharap supaya Singapura juga mengambil tindakan yang sama untuk menghormati dan tidak melaksanakan sebarang keputusan yang mencerminkan niat buruk, yang bertentangan dengan semangat dan proses rundingan yang sedang berlangsung di antara kedua-dua negara.
"Kementerian Luar akan terus mengetuai rundingan dengan Singapura dan berusaha agar momentum positif rundingan diteruskan, bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara," katanya.
Dalam masa yang sama, Mohamad berkata kementerian menekankan bahawa terma rasmi yang digunakan oleh kerajaan dalam sebarang rujukan adalah “Batu Puteh”, dan bukan “Pulau Batu Puteh”.
Ini kerana, katanya kerajaan berpendirian bahawa fitur tersebut adalah sebuah “batuan” dan bukan sebuah “pulau”.
"Ia tidak memenuhi syarat sebagai sebuah pulau menurut Artikel 121 kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan Undang-Undang Laut (KUUL 1982). Ini juga selaras dengan Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 13 Ogos 2008," kata Mohamad.
Pada 30 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Singapura bersetuju mengadakan rundingan lebih terperinci terhadap langkah republik itu menambak kawasan sekitar Batu Puteh dalam masa terdekat.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Isu Batu Puteh
#Dewan Rakyat
#Mohamad Alamin
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan