awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior lengkapkan senarai 16 pasukan
Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran BKM Fasa 4 dipercepatkan kepada bulan ini - PM

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2022
08:59 MYT
Bayaran BKM Fasa 4 dipercepatkan kepada bulan ini - PM
Perdana Menteri berkata, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju mempercepatkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa Empat bermula 15 November sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bercakap pada sidang media di Bera, Ismail Sabri memaklumkan, pembayaran membabitkan peruntukan bernilai RM2.1 bilion akan memberi manfaat kepada 5.2 juta penerima pelbagai kategori.
Jelas beliau, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Menurutnya, bayaran secara berperingkat yang dijangka selesai 18 November ini akan membantu penerima membuat persediaan menghadapi banjir.
"Keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa Empat daripada Disember kepada November adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada pertengahan bulan ini.
"Jika bayaran dikreditkan lewat dan sudah berlaku banjir, ia akan menyusahkan rakyat untuk mengeluarkan wang di bank," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Mujahid isytihar harta RM2.54 juta, miliki dua kondo
SEMAK CALON PRU15 DI SINI!
Ismail Sabri berkata, secara keseluruhan, RM8 bilion diperuntukkan kerajaan menerusi BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi 2022.
Beliau berkata semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November ini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh dirujuk di portal rasmi BKM.
Terdahulu, Ismail Sabri menghadiri program ramah mesra bersama penduduk Kampung Batu Bor di Dewan Belia Kampung Batu Bor, Bera.
Turut hadir, calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai, Datuk Sabariah Saidan.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Bantuan Keluarga Malaysia
#bkm diawalkan
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan