awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran palsu RM23 juta, dua beradik direman tiga hari

Sinar Harian
Sinar Harian
21/09/2022
07:23 MYT
Bayaran palsu RM23 juta, dua beradik direman tiga hari
Dua beradik ditahan reman selama tiga hari SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes membuat pembayaran palsu bernilai lebih RM23 juta bagi projek pembinaan pangsapuri hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Dua beradik direman tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes membuat pembayaran palsu bernilai lebih RM23 juta bagi projek pembinaan pangsapuri.
Permohonan reman bermula Rabu sehingga Jumaat dibenarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.
Menurut sumber, dua suspek lelaki yang merupakan bekas pengarah urusan syarikat pembangunan, kejuruteraan dan pembinaan tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 7 malam Selasa, ketika hadir memberi keterangan.
"Kedua-dua suspek berusia 60-an itu disyaki telah membuat pembayaran palsu dan curang kepada perunding, sub-kontraktor dan pihak ketiga dengan menggunakan kemudahan perbankan overdraf sebuah bank tempatan bernilai lebih RM23 juta antara tahun 2017 hingga 2019 bagi projek pembinaan pangsapuri di Kuala Lumpur bernilai lebih RM350 juta sedangkan projek tersebut tidak dijalankan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM
#bayaran palsu
#dua beradik ditahan
#pembinaan pangsapuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan