awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 10 bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di rumah pengasuh

Bernama
Bernama
29/08/2022
15:20 MYT
Bayi 10 bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di rumah pengasuh
Polis mengesahkan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan telah didapati tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Shah Alam pada 19 Ogos lepas. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang bayi perempuan berusia 10 bulan telah didapati tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Seksyen 17, di sini, pada 19 Ogos lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim menerusi kenyataan berkata Nur Awliya Delisha Mohd Khairul disahkan meninggal dunia pada 22 Ogos selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa berusia 33 tahun pada 8 malam 19 Ogos.
"Berdasarkan siasatan, pengadu dan isterinya telah ke rumah pengasuh sekitar 4 petang hari yang sama setelah dimaklumkan anaknya tidak sedarkan diri.
"Mereka telah melakukan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Seksyen 19 dan mendapati ada kesan lebam di dahi serta disyaki ada pendarahan di otak," katanya dan menambah mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Shah Alam.
Insiden berkenaan tular di Facebook susulan hantaran seorang lelaki dipercayai bapa kepada bayi itu memaklumkan mengenai kejadian menimpa anaknya yang meninggal dunia selepas dihantar ke rumah pengasuh.
Mohd Iqbal berkata siasatan turut dijalankan terhadap pengasuh tersebut dan pihaknya mendapati wanita berusia 36 tahun itu sedang mengandung lima bulan.
Katanya, wanita itu menjaga lapan orang bayi dan kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 4 tahun termasuk anak pengadu di kediamannya secara bersendirian.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Roshaza di talian 011-39865668.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#meninggal dunia
#rumah pengasuh
#Seksyen 17
#shah alam
#Polis Daerah Shah Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan