awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi baru lahir ditemui atas bonet kereta di Bayan Lepas

Bernama
Bernama
15/11/2014
09:47 MYT
Bayi baru lahir ditemui atas bonet kereta di Bayan Lepas
Bayi yang tanpa sebarang pendarahan itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut. - Gambar Hiasan
Seorang pekerja kilang terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki di atas bonet keretanya di Kampung Bukit, Bayan Lepas di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Siti Nor Salawati Saad berkata lelaki yang baru pulang dari bekerja syif malam itu terdengar tangisan bayi sebaik tiba di rumahnya.
"Bayi yang dibalut kain cadar itu dipercayai baru dilahirkan kerana uri dan tali pusatnya masih ada," katanya kepada pemberita.
Bayi yang tanpa sebarang pendarahan itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.
Nor Salawati berkata usaha mengesan ibu bayi berkenaan sedang dilakukan menerusi ujian DNA pada kain cadar tersebut.
Orang ramai serta pihak klinik atau hospital yang menemui wanita yang baru lepas bersalin dan dalam keadaan mencurigakan diminta menghubungi pihak polis.
Topic Berkaitan
#Bayan Lepas
#bayi
#bonet
#kereta
#polis pdrm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan