awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi baru lahir ditinggalkan di jalan raya, sebelum meninggal dunia

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/06/2023
14:14 MYT
Bayi baru lahir ditinggalkan di jalan raya, sebelum meninggal dunia
Bayi yang masih mempunyai uri dan tali pusat itu ditinggalkan dalam keadaan terbaring tanpa sebarang pakaian atau nota. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di tepi jalan di hadapan kawasan tempat letak kenderaan di bawah sebuah pangsapuri di Kajang.
Bayi yang masih mempunyai uri dan tali pusat itu ditinggalkan dalam keadaan terbaring tanpa sebarang pakaian atau nota.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima maklumat daripada seorang lelaki berusia 51 tahun berhubung penemuan bayi itu, jam 7.07 pagi, pada Selasa.
"Bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan awal dan disahkan berada dalam keadaan tenat.
"Namun setelah rawatan diberikan, jam 10.35 pagi pihak hospital telah mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia.
"Mayat bayi itu telah diserahkan kepada Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
Jelasnya, jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
"Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi ataupun ibu bayi tersebut , boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Muhammad Tasnim Mohamed Nor di talian 014-6209960 bagi membantu siasatan," katanya.
Topic Berkaitan
#buang bayi
#polis
#Hospital Serdang
#Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan