awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi bertali pusat ditemui dalam longkang di Jalan Jinjang

Hakim Rahman
Hakim Rahman
03/09/2016
14:44 MYT
Bayi bertali pusat ditemui dalam longkang di Jalan Jinjang
Saksi mengikuti anjingnya sebelum menemui kotak berisi bayi lelaki masih bertali pusat serta uri di dalam longkang. -Gambar: PDRM
Seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di dalam longkang di hadapan rumah di Jalan Jinjang Selatan Tambahan, pada jam 10.58 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, bayi itu ditemui oleh pelajar berusia 16 tahun ketika berada di rumahnya yang terletak berhampiran dengan lokasi kejadian.
"Remaja itu curiga apabila anjingnya tidak berhenti menyalak, lalu keluar memeriksa tetapi tidak menemui apa-apa.
"Saksi mengikuti anjingnya sebelum menemui kotak berisi bayi lelaki masih bertali pusat serta uri di dalam longkang yang terletak 10 meter dari rumahnya.
"Ketika dijumpai, bayi tanpa pakaian itu sedang menangis. Dia kemudiannya menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Bayi itu dihantar ke Unit Rawatan Rapi Neonat (NICU) Hospital Selayang, Selangor bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian 03-40400781 sambungan 782.
Topic Berkaitan
#bayi
#longkang
#mati
#tali pusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan